Sayangku..
ku doakan agar dirimu bahagia disana,
tenang dan tabah selalu mengharungi setiap dugaan..
usah gentar dengan suratan,
itu ketentuanNYA yang harus kita
hadapi dengan segagah mungkin,
hatiku telah jauh kau bawa bersamamu
dan hanya cinta ku sahaja yang mampu
ku beri untuk menemani mu di sana..
Redhalah sayang…
moga di kejauhan ini kita menjadi lebih matang,
rindu ini akan menjadi pengukuh
ikatan agar kita saling tidak berubah,
Setialah sayang sesetia aku menanti dirimu,
sematkan kejujuran dan keikhlasan dihati
somoga janji ini terpatri..
kenangilah aku di sudut sepi ini..
yang masih hidup keranamu..